Tuesday, May 09, 2006

Sat,Sun,Mon

Sabtu,Ahad, Isnin bercuti dirumah bersama Haziq dan Nisa. Hubby pergi training. Fist time tinggal bertiga sahaja.Sebelum ni mesti jemput mak datang buat teman. Penakut le katakan.hahaha.
Seronok mengabiskan masa dgn diorang. Ummie pun byk meninggalkan kerja2 rumah untuk sama2 bergumpal dgn Haziq dan Nisa. Masing2 naik tocang. tak reti penat. Tengah hari mmg tak mau tidur sampai ummie paksa pun masih buat tak reti. Main hantu2 (habis selimut jadi korban), kejap2 dah bertukar jadi batman (kena jugak jeling dgn ummie sebab selongkar almari cari kain lampin *nak jadi batman punye pasal), kejap2 dah terbaring sorang jadi pesakit ,sorang lagi jadi doktor. Kejap2 kang melalak bergaduh. Habis2 ummie kena jadi raksaksa. nisa jadi "Bertukar"(dibaca Masked Rider) dan Haziq jadi Power Rangers. Hampeh..ummie asyik kena fire je. Sungguh seronok kami bertiga.
Hari Isnin kami bertiga buat Kek Zebra untuk sambut ayah balik. Sibuk budak berdua tu "mengacau". Ingatkan ummie nak deco guna buttercream. Belum sempat buat buttercream kek dah kena potong. Anak ummie dah tak sabar. hehehehhe....gambar pun tak ambil.malas...

1 comment:

Love Sweet Recipes said...

tengok la kek zebra tu macamana