Friday, June 30, 2006

Penyakit M

Dah sebulan lebih aku malas nak mencuba resepi2 baru dari Resepi net. Kenapa ye...kenapalah penyakit M nie tak mahu hilang2. Aduss teruja sungguh dgn resepi2 baru tapi hari2 bila balik rumah bawa keluar butter...pagi esoknye masukkan balik..ahaks

Wednesday, June 28, 2006

Blue Clues

Photobucket - Video and Image Hosting

Channel 9 sekarang byk siarkan kartun versi bahasa melayu. Rancangan kegemaran Haziq dan Nisa . Blue Clues. Sampai ummie pun kena nyanyikan sekali :-

Ummie : "Kami cari blue clues, kami cari blue clues"
Haziq & Nisa : "Petunjuk,Petunjuk"
Ummie : "Anda Jumpa petunjuk? Dimana? Dimana?"
Haziq & Nisa : "Di sini" ..sambil tunjuk di mana suka
Ummie : "Oh..etc" mention pasal benda yg di tunjuk
Ummie : Kita kena tulis dalam buku.....
Haziq & Nisa : NOOOTAAAAAA
Kena ulang sampai jumpa 3 pentunjuk..kalau tak Haziq bising
dah jumpa ke tiga-tiga petunjuk
Ummie : kita kena duduk di
Haziq & Nisa : Thinking Chair ( nisa sebut inking chairrr)

Ayah pun dah tertarik tgk ummie , haziq dan Nisa beraksi . tapi kengkadang pitching ayah lari bila nak tiru..ahaks..jgn marah ye ayah.....

Monday, June 26, 2006

Lu Cina Ka?

Sebenarnya dah lama tak dengar org tanya soalan nie. Semalam balik dari kampung kami satu family terus ke Giant Pandamaran Klang.Sebabnya nak menunaikan janji pada si bujang Haziq. Dulu ummie ngan ayah pernah janji untuk belikan Haziq Play Station kalau tak nangis pergi sekolah. Bila dengar cikgu puji Haziq.ummie rasa inilah masanye ummie tunaikan janji tapi dgn extra syarat. 1. Haziq mesti dengar cakap ayah dan ummie. 2. tak boleh berebut main. mesti share dgn adik. 3. kena dengar cakap. kalau ummie ngan ayah suruh tutup kena tutup. Semua tu Haziq agreed. tapi tak tahu le boleh ikut ke tidak. Berbalik pada cerita tadi, kami pergi satu kedai di giant pandamaran sebab abg ipar *syokai* (introduce) katanya murah. Yerla..kami survey kat tesco KD complete set with 10cd free untuk PS2 harganye 799.00 . itu pun satu joystick je. Kat sini complete set dgn 10cd free dan 2 local joystick harga dia RM579.00 . Cerita punya cerita..tetiba je budak jaga kedai tu tanya " Lu cinaka"?..aku pun terkejut..sebab dah lama org tak tanya macam tu..aku jawab la.."Mana Ada"..dia cakap.."Jangan Tipu la"..pastu aku gelak jek...dahhhh laaammmmaaa tak dengar org tanya soklan macam nie..

Friday, June 16, 2006

Hari ibu bapa

Hari nie hari perjumpaan ibu bapa dgn guru di taska Haziq.
Sampai2 cikgu Faezah hulur kad kemajuan Haziq. Alhamdulillah komen semua baik2. Cikgu faezah kata Haziq antara budak pandai dalam kelas. Haziq cepat tangkap. Bila di tanya suka beri jawapan . CIkgu Faezah kata kadang2 ada yang cikgu belum ajar tapi Haziq dah boleh jawab. Haziq dah kenal alphabet dan number. Ummie tgk lukisan Haziq, tulisan Haziq memang kemas. Itu Good point.
Weakness Haziq..Kuat merajuk. Haziq ada kawan baik nama Aiman. Kata Cikgu Haziq dan Aiman antara murid terpandai dalam kelas. termasuk Jaja. Haziq dan Aiman selalu bersaing dan kekadang selalu bergaduh. Jadi cikgu selalu asingkan diorang berdua. Kalau cikgu asyik tanya Aiman, nanti Haziq merajuk. Haziq kuat mengadu dan lately kata cikgu Haziq macam dah malas sikit. suka berleka dalam kelas...hmmm...mungkin lately Haziq kena marah je ngan ummie tu yg buat dia merajuk kot... mmm..susah nak agak apa yg anak2 pikirkan ..tapi Insya Allah ummie akan usahakan yg terbaik utk anak2 ummie. Semoga Haziq dan Nisa menjadi anak yg berguna kepada Agama Bangsa dan Negara. Amin

Hissashiburi

Lamanya tak up date blog. Sejak mata separa rabun nih dah malas nak mengadap pc. kepala jadi senoneng je bila tgk tulisan kecik2 nie.
Sekarang nie my futsal team tgh bertungkus lumus nak susun stratergy. harap2 tahun nie dapat la masuk ke semi final ke..atau pun nak lagi gempaq dapat medal..kekek..yareba dekiru..

Semalam balik rumah lambat sebab hubby ada game. Sampai rumah tengok Haziq dan Nisa dah tidur. Nyenyak sungguh. Kami berdua mandi2 dan terus gi Tesco nak borong gula..wakakakka..bestnye hubby cakap kita buat2 tak kenal karang org tak bagi ambil lebih..jadi semalam macam shopping sorang2 la. Jalan asing2 bayar asing2. Kelakar je penangan gula.

Pukul 3 pagi Nisa terjaga. Mata terus segar..dah lama sangat tidur. Hubby yg terjaga sama dgr suara Nisa terus pasang tv tgk bola. Ecuador vs Costa Rica . Nisa punya la syiok tgk. Sampai ummie dia nak lelap pun tak boleh. Ummie..seppaakkk...sepppakkk..itu jelah di sebutnye tengah2 malam...Aduhai Nisa.. tak sedar ummie bila Nisa tidur...

Monday, June 05, 2006

Hanya Kerana Mata

Photobucket - Video and Image Hosting

Dah 2 minggu tak jenguk di sini. Semuanye " Hanya Kerana Mata ". Tak ku sangka sikap sambil lewa dgn gatal2 mata menyebabkan jadi begini. Bermula dari 16 May mata kiri dah gatal2. Aku masih selamba je..ala...gatal gosok2 sikit dia hilang lah. Sehingga hari khamis mata dah jadi macam mata maya karin masa jadi pontianak...hehehe..Friday 19 May..MC sakit mata. Ahad 21 May pergi lagi klinik sebab mata makin teruk. Alamak..Doctor cakap mata dah ada selaput.Dia terus buat surat refer ke pakar sakit mata. Aku pilih Sunway Medical sebab nak try . Esoknye 22 May, gi kerja semata2 nak ambil GL utk gi SMC. Sampai opis semua takde lagi.so bukak PC dan buat GL sendiri. Tgh type GL mata kiri terus blackout. Sakit gilaaaa.sampai air hidung pun keluar tahan sakit. Call my hubby terus gi SMC. alahaaaiii kena warded for 5 days. itu pun hari jumaat 26 May tu mintak keluar sebab ada emergency di kampung. Yang mengejutkan Doctor cakap kat mata dah byk ulser..First time dengar mata kena ulser. Dan bila doctor check dah ada bleeding dalam mata. Mata merah mmg macam Si Maya Karin ...Terasa susahnye kehidupan .betul2 macam org buta. Jalan teraba2. Tgk tv hanya sekadar mendengar. Aduh terseksa. Cuti sakit sampai la jumaat lepas. Hari nie masuk kerja dgn vision yg still blur. Jangan le rabun terus. Aku tak suka pakai cermin mataaaaaa...tolonggggg