Tuesday, September 26, 2006

Puasa

Haziq : Ummie Haziq nak puasa la hari nie
*sambil mulut mengunyah waffer berperisa orange

Ummie : Tu Haziq makan tu...kalau puasa tak boleh makan dan minum

Lepas ummie cakap mungkin Haziq stop makan..tak lama lepas tu...

Haziq : Eh termakan lagi...
* hampeeehhhhhhh


Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak untuk semua

Wednesday, September 13, 2006

Haziq sakit perut

Semalam sampai je ummie ke kereta utk balik rumah. Belum pun sempat nak buka pintu :-

Haziq : Ummie..Haziq sakit perut.
Ummie : Kenapa. Nak b*rak ke?
Haizq : Tak..sakit je.
Ummie : Tahan ye.Sampai rumah ummie bagi ubat.

Sepanjang2 dalam kereta Haziq mengaduh.Ummie risau jugak. Tapi kejap2 bila lagu kegemaran dia keluar.Rancak menyanyi.

Sampai rumah di tempat parking

Nisa : Ummie, adik nak main taman. Kejap aje.
Ummie : Tak payah la..Abang sakit perut.

Tengok belakang abang dah keluar dulu nak ke taman.
Bila bawa ke taman.riuh berlari. Bila tanya

Ummie : Haziq dah tak sakit perut ke
Dia nyengih aje. saboooo jelah

Dalam jam 9 malam.

Haziq : Ummie Haziq sakit perut *sambil bawa minyak angin minta disapukan*

setengah jam lepas tu.

Haziq : Ummie buka lampu Haziq nak b*rak.

adohaiii anak ummie..sakit perut nak melabur rupanye.

Tuesday, September 12, 2006

Anak Ummie Anak Ayah

Dalam kereta semasa nak balik dari kerja. Diperbincangkan masalah tempat tidur sebab kebelakangan ni ummie selalu sakit2 badan.

Ayah : Lepas nie ummie dan Nisa tidur dalam biliklah. Ayah &
Haziq tidur dalam bilik Haziq okey.
Haziq : mmmm Haziq nak tidur dengan Nisa.
Nisa : Adik nak tidur ngan ayah.
Ummie : Eh! Tidur dengan ummie la. Adik anak sapa?
Nisa : anak ayah
Ummie : Bukan anak ummie?
Nisa : ukan. anak ayah
Ummie : anak ummie laaa....
Haziq : Haziq anak ummiiiieee
Nisa : aaaaannnnaaakkkkkkkk ayaaaaaaaahhhhhh

Uwaaa...selalu kalau tanya anak sapa mesti Haziq dan Nisa laju sebut anak ummie. Bila sekali Nisa cakap dia anak ayah..terasa terasing pulak. Ayah nyengih je. Tapiiiii
Bila malam.

Nisa : Ummiee nak usyu
Ummie : Suruh ayah buat ye. Ummie penat la.
Nisa : Ummie uat(buat).
Ummie : ayah la..Nisa kan anak ayah
Nisa : Ukan...anak ummie..
Ayah : Tadi kata anak ayahhh..ayah buat yee
Nisa : ukan laaaaa...anak ummiieeeeee. ummie uat. ummie angun
(bangun)

hemmm...kalau bab2 macam nie semuanya nak ummie jugak. adoiiii

Thursday, September 07, 2006

Tetamu tak jadi datang

Terlupa nak masukkan entry nie sebelum entry Diari Nisa.
Semalam seorang teman lama telepon dan ingin berjumpa. Lepas diskusi dgn hubby kitorang pun ajak dia dtg dinner kat rumah . Sampai rumah tanggal tudung aku terus keluar kan ikan raja yg di import dari kampung (Pak mentua pancing) , ayam dan crabmeat utk dinyahbekukan.

Si Nisa dan Haziq sibuk nak makan keropok. Panaskan kuali, masak nasi 4 pot dan serahkan tugas goreng keropok pada hubby dan aku terus mandi.

Lepas mandi, "Ops bermasak" pun bermula. Ikan raja ku gulai karikan. lepas tu keluarkan ikan masin kurau untuk buat acar ikan masin. Bila nak masukkan rempah yg dah di kisar tgk dah tinggal secotet je..ala hentam sajala.

Baru nak keluarkan sayur2an member call kata tak dapat datang sebab ada hal penting kena rush balik. Wakakakaka...wa dah gelak dah..takpelah aku simpan le makanan nie utk ko...

Tgk Nasi 4 pot dah terbelahak dah..selalu makan 1 pot je utk satu family. Malam tadi makan pun masih nampak tak luak nasi satu periuk...kekekek....

Pagi tadi wrap dan simpan dalam fridge..Haiii 2,3 hari nie perangat nasi dan gulai sajalah.hehehe. Takde rezeki member nak rasa kari ikan lah tu. Insya Allah..bila ada peluang kita jumpa ye...Rasanya dah 3 tahun tak jumpa. Last jumpa masa Haziq masih baby lagi..

Diari Nisa & Taska

Pagi nie Nisa tak nak mandi. Macam2 ragam. Sekejap nak ummie mandikan, sekejap nak ayah mandikan. LEpas tu menangis tak nak mandi. Mulut tak lekang dgn ayat " Adik tak nak sekolah ye mie".
Sepanjang2 perjalanan dia buat hal. Tak nak ummie pegang la, nak buka tingkap la.macam macam.
Sampai sekolah dah meraung.Sampai pintu bilik 2 tahun, cepat2 dia turun dan tarik tangan abang masuk kelas.
Nampak muka abang malu2 tapi ikut jugak adik. Ummie ambik beg dan hantar ke kelas abang. Kawan2 abang sibuk panggil nama Haziq. Bila ummie cakap Haziq dalam kelas adik dia. Diorang keluar gi panggil Haziq..hahahha glamer gak anak ummie sorang nie.
CIkgu kelas Haziq takde, tengah maternity leave. Diorang selalu dapat cikgu ganti. Tapi hari nie tgk cikgu lambat masuk. Anak2 murid tgh gotong royong susun meja dan kerusi.

Tuesday, September 05, 2006

Janji Seorang Abang

Semalam setelah ku pujuk2 Haziq akhirnya pagi ni :

Haziq : "Ummie. Haziq nanti ikut macam apa ummie cakapye. Haziq janji nanti Haziq jaga adik kat sekolah ye".

Ummie : "Sayang anak ummie. Adik kecil lagi. Dia baru tukar sekolah lain. Takde kawan. Tentulah dia nangis pergi sekolah. Dia tak biasa lagi. Jadi sebagai abang Haziq kena lah jaga adik. Haziq dulu pun masa mula2 masuk sekolah kan asyik nangis je".

Haziq : "Masa mula2 Haziq masuk sekolah sapa pulak tolong Haziq".

*sehhh " alamak apa nak jawab". Dgn penuh berwibawa.

Ummie : "Kawan2 Haziq la. Lagi pun Haziq dah besar. Haziq masuk sekolah umur 4 tahun. Adik baru 2 tahun"

*Haziq diam. Nasib baik kata2ku diterima pakai. hehehe*

Haziq : "Okeylah..Nanti Haziq pergi tengok kelas 3 tahun"
Ummie : "Adik 2 tahun laaa..."
Haziq : "Yerla nanti Haziq pergi la kelas 3 tahun tu"
Ummie : "yerla yerla "

*Masa tulis entry nie baru teringat.Kalau balik semua student kena kumpul di bilik 3 tahun. patut la Haziq mention kelas 3 tahun.Kalau waktu biasa student tak dibenarkan merayau ke kelas lain.

Nisa & Bibir yg seksa.:)

Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting

Monday, September 04, 2006

Haziq in school uniform

Photobucket - Video and Image Hosting

Nisa, Bibir & Taska Baru

Photobucket - Video and Image Hosting

4 September..
Nisa jatuh kat rumah Atuk utara. Ummie tengah nak jahit seluar Nisa.Tetiba dengar bunyik kedebab. Rupa2nya Nisa mengangkat kerusi dan cuba nak turun tangga. Bibir Nisa bengkak dan berdarah.Kesian ummie tengok. Gambar tu muka Nisa masa nak hantar pergi Taska baru. Muka tak nak pergi sekolah. Tak abis2 sebut "Ummie Nisa taknak sekolah, Adik taknak sekolah,Adik Tak nak cikgu".Kesian betul.Sampai taska meraung macam tarzan . Minta Abang Haziq temankan.Abang pula tak nak. Sahdis betullah abang nie. Siap pesan dengan ummie masa kat rumah. "Haziq taknak jaga adik". Betuah betullah. Balik nie kena pujuk baik2 lagi.

Friday, September 01, 2006

Diari Nisa

30 Ogos masa ummie ambil Nisa dari Taska, Kakak bagitahu Nisa muntah dan demam. Mengigil. Geram jugak..kenapa diorang tak call awal2. Nasib baik la last day Nisa kat situ. Masa ambil tu rasa badan Nisa sejuk ,pucat2 dan lebam2 bibir.
Mungkin baru di mandikan. Balik rumah ummie kasi nisa air dan Nata De Coco. Nisa makan sikit..tiba2 ummie tgk perut Nisa dah bergelodak ..uweeekkkk abis semua dimuntahkan. Badan terus naik panas. Ummie terus mandikan Nisa, dan masukkan ubat ikut B*nt*t.
31 Ogos juga kami sambut dirumah saja sebab Nisa tak sihat.Nisa tak mahu makan dan minum. Ayah bawa Nisa ke klinik. Tapi masih juga sama. Nisa muntah2 lagi. Ummie risau Nisa keracunan makanan. Nisa asyik tidur dan tidurnya mesti mahu di atas kaki ummie.Dah lena baru boleh di alihkan.
Bila suruh minum air kosong ataupun susu Nisa akan jawab
"Adik demam..nanti adik muntah".
Bila perutnye pedih (mungkin kerana kosong) Nisa tak menangis tapi akan cakap
"Aduiii sakitnya" ataupun "ouchhh sakitnya" dgn nada yg kadang2 buat ummie gelihati. Kesian tgk dia tak bermaya tapi mulut bertihnya masih stabil. Boleh membebel lagi kalau tak puas hati.
Petang bila Nisa dah mahu makan bubur nasi yg ummie buat. Ummie lega sikit. Muntah2 pun dah takde.Tinggal suhu badan yg kejap naik kejap turun. Lowest pun 37 .
Cepat sembuh ye sayangggg