Tuesday, November 28, 2006

Nisa & Campak

Nisa kena demam campak. Dan baru semalam abang Haziq pun kena.Sian anak ummie.Haziq terpaksa dihantar balik kampung sebab opah sibuk tak dapat nak dtg. Maafkan Ummie ye sayang.
Nie gambar Nisa kena demam campak
Photobucket - Video and Image Hosting

Dan Nie rentetan siri orang merajuk..kekeke

Mula2 duduk jauh
Photobucket - Video and Image Hosting

Lepas tu pura-bangun dan merajuk lagi
Photobucket - Video and Image Hosting

Sambil tu jeling2 jugak apa ummie dan abang buat (ambik gambar dia la)
Photobucket - Video and Image Hosting

Dan bawa diri..kekekeke
Photobucket - Video and Image Hosting

14 Nov 06 ( Hari Konvo Taska Haziq)

Setelah sekian lama praktis tibalah hari yang dinanti-nanti.
Cikgu minta anak murid pakai baju raya. Cikgu bagi Surat 1 hari sebelum actual date. Kelam kabut ummie dan ayah cari baju raya. Sebab baju raya Haziq dah koyak2 lepas accident hari tu. Last2 dapat beli di Tesco. Itupun Size utk budak 6 tahun. Takpelah Ummie adjust le sikit. Balik rumah tgk seluar utk budak 8 tahun. Hampehh..akhirnye pakai baju last year.

Haziq diberi tugasan utk menjadi ketua. Haziq akan mulakn dgn
"Assalamualaikum.Good Morning.Selamat Pagi. Terimalah persembahan dari kanak-kanak 4 tahun." Mic terlalu tinggi menyebabkan Haziq berjengket dan suara mendayu-dayu.Tapi tahniah. Anak Ummie berani. Persembahan dimulakan dgn lagu Selamat pagi putra putri, di ikuti dgn Kereta Merah Dan animals try to talk to me..Actualy ummie tak tahu tajuk dia..hentam je..kekeke

Nie gambar2 Haziq masa di Konvo. Gambar masa buat performance semua dalam bentuk video.

Nie gambar before buat performance. ceria je..takde gementar pun anak ummie nie.
Photobucket - Video and Image Hosting

Nie muka kepenatan balik dari pentas setelah lama menunggu "Datuk" yg tak tak tepati masa..kekeke
Photobucket - Video and Image <br />Hosting

Di atas pentas bersama rakan-rakan
Photobucket - Video and Image Hosting


Anak ummie banyak buat aksi dari menyanyi. kejap-kejap lap peluh. kejap-kejap garu kepala. Tengok kawan sebelah. Apalah.
Last Haziq akan cakap sekian terima kasih. dan ada kawan yg akan cakap one,two,three dan semua kena tunduk.Sebab jeles kot tgk ada yg dapat pegang mic.Sorang2 tarik cakap 1,2,3..kelakar je..

Open House

Raya dah lepas...baru nak citer pasal open house..kekeke..byk cerita tapi tak terupdate..mulai hari nie update satu persatu.
11 Nov hari tu kami buat open house. Utk kawan2 opis, Kawan Ojosama, kawan Rnet, Kawan2 hubby, Sedara mara, jiran2 baru dan jiran2 lama. Kira2 jemputan dalam 60 orang adult.

First time menyelenggara kenduri kecil-kecilan sendiri.Hari jumaat ambil cuti. Beli itu ini. Menu : Nasi minyak , ayam masak merah, kerabu tomato, mee jawa , lemang dan rendang.
Lemang import dari Kampung. Rendang Ina volunteer nak masak.

Di sebabkan baru first time buat dari A - Z..dari budget sampai le memasak, menhias.Me & Hubby kelam kabut sendiri. Saya mula mengemas rumah, basuh ayam dan memasak dari pukul 4ptg sampai ke pukul 3 pagi. tidur sampai 4:30 pagi dan sambung terus sehingga selesai majlis pukul 9:30 malam..wakakakak..ketar lutut.

Paling best sebab tak reti nak budget kami beli berlebih lebihan.
Ayam sampai 9 ekor , mee sampai 17 bungkus.Kuah mee Jawa sepekat2 yg ada .Boleh diganda 2 dan boleh dimakan lagi utk 70 orang. kekekek...tapi Alhamdulillah..selamat semua di makan dan juga di tappau bawa balik.

Dapat tidur..rasa macam enak bangat. sedar2 dah pagi..hehehe

Thanks to Ojosama geng (Noora,Zalie,Rusma,Zarina), Geng Opis (Jaja,Nurul,Rohaida,Yanie), Geng Nihon ( Kak Ina, Nana & Adik, Fidah), Geng RNet ( Kak Mid, Kak Roz, Kak SJ, kak Nasya ) ,jiran2 dan kaum keluarga yg dtg kerana memeriahkan suasana.

Tuesday, November 07, 2006

My Heart

Semalam beli DVD My heart di Video Ezy. Balik Haziq terus pasang.Ayah, Ummie , Haziq dan Nisa excited tunggu citer keluar.Alih2 takde subtitle. Menganga ummie dan ayah. Tak paham gue.

Haziq & Nisa mata mmg tak beralih. Apa yg ummie nampak kejap2 si Luna nangis..kejap2 nangis...aduhaiiii....

Yang seronoknye...bila luna menangis

Haziq : Ummie Haziq rasa macam nak nangis la...
kekekekkeke...cewek jugak anak ummie nie..

Kesimpulannya semalam Arca dan Iwan berlakon sorang2..kami berempat lena di ulit mimpi. Baik tgk Ultraman ek Haziq.

Wednesday, November 01, 2006

Tragedi Satu Syawal

1 Syawal di sambut dengan kemeriahan di rumah Utara (in Law). Pagi2 masing2 sibuk memandikan anak2..menyiapkan juadah raya..membersihkan diri. Kaum bapa menuju ke Masjid utk bersolat raya. Kaum ibu masih sibuk mengemas .

Habis solat kami adik beradik bermaaf-maafan. Kerana jarak dari rumah in law dan rumah mak tak jauh..setiap kali raya , 1 syawal kami mesti mengucup tangan kedua2 orang tua , belah hubby dan juga belah ku. Setelah selesai bermaafan di Utara.kami bergerak ke selatan. Haziq enggan mengikut kerana asyik bermain PS1. DI pujuk2 akhirnya dia ikut serta. Pagi raya kena cium tangan opah dan atuk.

Sampai di Selatan kami mengucup tangan mak dan apak. Selesai bermaafan aku menjamah sedikit makanan dan bergegas buat appointment dgn cik Tan. Lokasi cik Tan yg berdekatan dgn dapur membuatkan aku masih mendengar celoteh mak dan hubby.

Tiba2..screeetttttt,....duuuummmm...terdengar bunyik motor buat emergency break. Dalam hati.."Ya Allah, janganlah anak2ku"..dan sejurus itu terdengar kakak menjerit nama anak sulung ku "Haziiiiqqqqq"..Berderau darah ...segala ku capai serba tak kena. Berlari ke depan . Hubby dah mencepung Haziq ke dalam rumah. Dia menangis. Kami buka baju2nye.Hanya terdapat luka2 kecil.

Jiran depan dtg mengatakan Haziq terseret jauh. Aku cepung Haziq dan masuk dalam kereta. Sepanjang2 di dalam kereta inilah kata2 anak bujang ku
"tolonglah ummie..Haziq taknak mati..Haziq sayang ummie".. Hampir tumpah air mata tapi ku tahan jua. Ku dakap ku usap sambil memujuk . Ku belek2 kaki dan tangan yg luka dan sudah menampakkan kesan lebam2.

Sampai di ward kecemasan..Ya Allah..ramai nye orang yg bersongkok bersampin ber baju melayu...berbaju kurung berwarna warni..Ramai juga yg senasib dgn ku.
Setelah di periksa ... Menurut doktor Haziq mungkin dalam keadaan trauma jadi dia taknak gerakkan tangan dan kaki. Untuk pengawasan kami di minta bermalam di hospital.

Setelah segalanye selesai dan waktu melawat tiba, mak dan hubby sampai..bila mak mula mengeluarkan air mata..barulah empangan yg ku tahan2 sebelum ini pecah berderai. Terasa kepiluan. Bersyukur pada Allah kerana masih lagi memberi aku kesempatan utk mengucup anak ini. Sungguh pedih hati. Bayangkan la hati ibu yg kehilangan anak atas kecuaian org lain. Pasti lagi pilu.

Semasa di ward kecemasan , budak yg langgar Haziq pun ada menerima rawatan. Dia pun teruk juga. Tapi dia pun bawa laju di kawasan kampung. Sudah lihat budak2 berdedai-dedai melintas jalan pun tak nak memperlahankan kenderaan. Tapi aku tak marah. Takdir. Aku berharap budak nie akan ingat dan insaf sekiranya dia tergolong dalam geng2 mat rempit yg selalu merempit kat jalan dari utara ke selatan. Sungguh benci melihat aksi mereka menunggang motor macam dunia diorang yg punya.

Photobucket - Video and Image Hosting

Berayalah aku dan Haziq di hospital sehingga 2 raya. Mood raya tahun nie gone with this accident.Alhamdulillah Haziq cuma luka2 kecil kerana terseret. Luckly Haziq tercampak setelah terseret sedikit. Kalau terseret sekali motor tu mungkin lebih teruk musibahnya.Syukur pada Mu Ya Allah.

Ya Allah, Aku sujud pada Mu bersyukur atas masa yang masih Kau berikan padaku untuk berbakti pada anak ini. Perliharalah kami, berilah rahmatMu kepada kami, lindungilah kami dari segala bencana.Amin

Wednesday, October 18, 2006

Diari Haziq

Situasi : Di hadapan Tv sedang asyik melihat drama 2 hati. Ummie dtg bawa bakul yg sarat dgn kain baju. *kui kui kui...dah berapa hari tak berlipat.

Haziq : Banyaknye kain Mie. Biar Haziq tolonglah. Sian Ummie
*Sambil bangun dari pembaringan dan mula mencapai kain.

Ummie : Takpelah..Ummie boleh lipat. Haziq baring. Tidur. Dah pukul 10 dah nie. Esok nak sekolah. Nanti penat.

Haziq : Takpe. Haziq tolong. Sian Ummie.
*sambil tangan melipat seluar madagascarnye.

Ummie : Takpe le...

Haziq : Tapikan Mie. Berkedut-kedut la Haziq lipat.
*sambil menghulur seluar yg di lipat.

Ummie : Ha...takpelah letak je...Ummie lipat ye..Haziq tidur.

Haziq : Takpelaaa Haziq tolong.

Ummie : Kalau Haziq lipat berkedut.Nanti ummie kena lipat balik. Dah besar Haziq dah pandai lipat kain..Lepas tu Haziq tolong Ummie ye.

Haziq : Okeylah

*hmmm...takut juga Haziq kecil hati..tapi mmg ummie nak suruh Haziq tidur.Dah pukul 10 lebih. Nanti esok liat nak bangun.

Friday, October 13, 2006

Pujian Abang Utk Adik

Photobucket - Video and Image Hosting

Terlupa nak masukkan entry ni. Happen last week.On the way balik ke rumah dari office. Haziq di belakang Nisa di seat sebelah pemandu dengan ummie.
Tiba2 je

Haziq : Haziq geram la tengok adik Ummie.
Ummie : Geram?? Kenapa pulak??
* aikk ada gaduh ke tadi? rasanye takde..
Haziq : Haziq geram tengok pipi adik
Ummie : Kenapa?
Haziq : Tembam
Ummie : Adik comel ek?
Haziq : Ha ah ( malu2 sikit )

Adik...stone jek...masih tak paham dgn pujian abang....
hehehheehhe

Haziq & Azan Siri 2

Semalam kami berbuka di luar sebab nak tempah makanan utk hari ahad nie. So lepas sembahyang maghrib (berbuka dgn tamar dan air kosong saja) kami bertolak ke Sime Spicy Seksyen 6. Haziq tengah seronok tgk Naruto. lambat2 dia nak keluar pintu. Dalam kereta

Haziq : Ummie kita nak gi mana nie
Ummie : Pergi makan la.
Haziq : Kata puasa
Ummie : yerla siang ummie puasa la..kan dah berbuka
Haziq : Mana ada azan..haaa..azan baru la boleh makan..

wakakakaka....bagi dia..bulan puasa..lepas dengar azan boleh makan...pastu kena puasa balik...patut le masa cuti tu dia dok remind ummie dia dah azan...kekekeke

Tapi semalam tak sempat nak explain the truth. Perut dah keriut.
heheheh..

Semalam makan nasik putih, daging masam manis, satay, telur dadar dan kailan ikan masin. Asalnye nak makan mee saja tapi Haziq nak share dgn ummie dan nak makan nasik. Dan pulak tu turun2 jer kereta terus order satay kat depan restaurant tuh. End up ummie ngan ayah tak larat nak makan sebab tak biasa berbuka dgn nasik.Itu pun ummie usahakan juga makan sebab sayang.

Lepas makan gi kedai betulkan jam dan Haziq menyambar jam batman.
Dari jam tu tersarung ke tangan hingga la balik rumah..setiap minit yg bertukar di updatenye pada kami. Naik pening ummie tertoleh-toleh kebelakang bila dia excited nak tunjuk yg angka bertukar.ayat paling best

Haziq : Ummie yang tengah pun boleh bertukar...

*hahahahahhahaah....dah lama mengidam jam...Ummie dan ayah hanya beli bila dia dah mengenal number.

Thursday, October 12, 2006

GUMBIRA

Kalau ayah pergi bergumbira ayah sakit perut..hahahah

Apa cerita di sebalik ayat ni.
Sebelum nie, beberapa bulan lepas,ayah pergi dinner anjuran Jabatan. Bila Haziq tanya

Haziq : Ummie , ayah gi mana mie?
Ummie : Ayah pergi bergumbira...

Saja jelah cakap macam tu. Keesokkan harinya ayah kena cirit birit . So ummie dgn jelitanya bagitau pada Haziq dan Nisa

Ummie : Tu la ayah..bergumbira tak ingat kita..dah sakit perut.
* kekekekkekeke

Cuti Nuzul Quran ayah kerja..yerla kompeni kat KL. Ummie dah beria-ria masak bila tetiba ayah call kata nama dia naik utk berbuka dgn NC.

Malam bila Haziq tanya..

Haziq : Ayah mana mie?
Ummie : Ayah gi bergumbira

Dan kebetulan pagi bersahur ayah sakit perut lagi..

Ummie : Tu la gi lagi bergumbira.
Dan sudah pasti ummie report juga pada Haziq. Geng baik maaa

Semalam ayah berbuka dgn Jabatan pulak. Anak2 menghantar ayah ke pintu dgn kata2..

Haziq : Ayah pergi bergumbira nanti sakit perut
Nisa : Ayah embira anti akit eyut...( follower)
* adeeehhhhh salah asuhan....ummie punya penangan la nie..kekeke
Sorry ayah...hehehheh

Tapi yg terharunye bila ayah cakap
Yang : tu la kalau makan ummie masak takde pun sakit perut.

Cuti Nuzul Quran

Kesempatan hari cuti nie di ambil oleh Haziq secukup2nya utk menonton TV. Dari satu rancangan ke satu rancangan. Tambahan pulak Nisa tertidur lewat jam 12 sehingga ke petang. Ummie pula mengambil kesempatan membuat kuih raya.

Haziq : Ummie dah azan la
Ummie : Okey kejap lagi ummie sembahyang Zohor
* dalam hati pelik gak budak nie..siap kasi reminder

Sebentar lagi berkumandanglah azan asar..bla bla..bla...
Kedengaran lagi di TV dan ...

Haziq : Ummie dah azan
* loooo budak nie mesti ingat nak suruh ummie berbuka puasa sebab dah azan. aduhai anak...ummie yg puasa dia yg kira azan...kalau dia yg puasa..tah tah dengar je azan terus minum....

Tapi masa azan maghrib....ummie berbuka sorang2 tanpa reminder...sebab Haziq dah terlelap...keletihan tgk tv seharian..Nisa pula bangun tapi asyik juga melihat TV...Ayah berbuka dgn NC di tempat kerja....
Sabishi naaaaaaaaaa

Tuesday, October 03, 2006

Besar Nak Jadi Apa?

Haziq : Ummie besar nanti Haziq nak jadi power rangers boleh
Ummie : Mana boleh. Power rangers tu cerita dalam tv saja.
Ayah : Cuba Haziq tengok. Ada tak jumpa power rangers masa Haziq jalan2.Jumpa
raksaksa kat tengah jalan. Ada tak?
Haziq : hmmm..kenapa?
Ummie : Sebab tu cerita dalam TV je. Rekaan je.
*Ikshh kang ummie cakap lebih2 kang tak paham pulak anak ummie nie
Ayah : Haziq nak jadi ustaz tak?
Haziq : Ajiq tak nak jadi ustaz. Ajiq nak jadi Tentera Polis
Ayah : Haziq jadilah ustaz dalam tentera.
Haziq : hmmmmmm
*makin kompius agaknye
Ummie : Haziq jadi doktor nak? nanti ummie sakit senang.
Haziq : Ajiq tak nak jadi doktor
* lama berfikir..akhirnya
Haziq : Ummie..Ajiq nak jadi ketua kelas jelah.
Ummie : Okeylah..cita2 masa pendek Haziq nak jadi ketua kelas .Nanti bila dah besar boleh pikir nanti nak jadi apa?

Tuesday, September 26, 2006

Puasa

Haziq : Ummie Haziq nak puasa la hari nie
*sambil mulut mengunyah waffer berperisa orange

Ummie : Tu Haziq makan tu...kalau puasa tak boleh makan dan minum

Lepas ummie cakap mungkin Haziq stop makan..tak lama lepas tu...

Haziq : Eh termakan lagi...
* hampeeehhhhhhh


Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak untuk semua

Wednesday, September 13, 2006

Haziq sakit perut

Semalam sampai je ummie ke kereta utk balik rumah. Belum pun sempat nak buka pintu :-

Haziq : Ummie..Haziq sakit perut.
Ummie : Kenapa. Nak b*rak ke?
Haizq : Tak..sakit je.
Ummie : Tahan ye.Sampai rumah ummie bagi ubat.

Sepanjang2 dalam kereta Haziq mengaduh.Ummie risau jugak. Tapi kejap2 bila lagu kegemaran dia keluar.Rancak menyanyi.

Sampai rumah di tempat parking

Nisa : Ummie, adik nak main taman. Kejap aje.
Ummie : Tak payah la..Abang sakit perut.

Tengok belakang abang dah keluar dulu nak ke taman.
Bila bawa ke taman.riuh berlari. Bila tanya

Ummie : Haziq dah tak sakit perut ke
Dia nyengih aje. saboooo jelah

Dalam jam 9 malam.

Haziq : Ummie Haziq sakit perut *sambil bawa minyak angin minta disapukan*

setengah jam lepas tu.

Haziq : Ummie buka lampu Haziq nak b*rak.

adohaiii anak ummie..sakit perut nak melabur rupanye.

Tuesday, September 12, 2006

Anak Ummie Anak Ayah

Dalam kereta semasa nak balik dari kerja. Diperbincangkan masalah tempat tidur sebab kebelakangan ni ummie selalu sakit2 badan.

Ayah : Lepas nie ummie dan Nisa tidur dalam biliklah. Ayah &
Haziq tidur dalam bilik Haziq okey.
Haziq : mmmm Haziq nak tidur dengan Nisa.
Nisa : Adik nak tidur ngan ayah.
Ummie : Eh! Tidur dengan ummie la. Adik anak sapa?
Nisa : anak ayah
Ummie : Bukan anak ummie?
Nisa : ukan. anak ayah
Ummie : anak ummie laaa....
Haziq : Haziq anak ummiiiieee
Nisa : aaaaannnnaaakkkkkkkk ayaaaaaaaahhhhhh

Uwaaa...selalu kalau tanya anak sapa mesti Haziq dan Nisa laju sebut anak ummie. Bila sekali Nisa cakap dia anak ayah..terasa terasing pulak. Ayah nyengih je. Tapiiiii
Bila malam.

Nisa : Ummiee nak usyu
Ummie : Suruh ayah buat ye. Ummie penat la.
Nisa : Ummie uat(buat).
Ummie : ayah la..Nisa kan anak ayah
Nisa : Ukan...anak ummie..
Ayah : Tadi kata anak ayahhh..ayah buat yee
Nisa : ukan laaaaa...anak ummiieeeeee. ummie uat. ummie angun
(bangun)

hemmm...kalau bab2 macam nie semuanya nak ummie jugak. adoiiii

Thursday, September 07, 2006

Tetamu tak jadi datang

Terlupa nak masukkan entry nie sebelum entry Diari Nisa.
Semalam seorang teman lama telepon dan ingin berjumpa. Lepas diskusi dgn hubby kitorang pun ajak dia dtg dinner kat rumah . Sampai rumah tanggal tudung aku terus keluar kan ikan raja yg di import dari kampung (Pak mentua pancing) , ayam dan crabmeat utk dinyahbekukan.

Si Nisa dan Haziq sibuk nak makan keropok. Panaskan kuali, masak nasi 4 pot dan serahkan tugas goreng keropok pada hubby dan aku terus mandi.

Lepas mandi, "Ops bermasak" pun bermula. Ikan raja ku gulai karikan. lepas tu keluarkan ikan masin kurau untuk buat acar ikan masin. Bila nak masukkan rempah yg dah di kisar tgk dah tinggal secotet je..ala hentam sajala.

Baru nak keluarkan sayur2an member call kata tak dapat datang sebab ada hal penting kena rush balik. Wakakakaka...wa dah gelak dah..takpelah aku simpan le makanan nie utk ko...

Tgk Nasi 4 pot dah terbelahak dah..selalu makan 1 pot je utk satu family. Malam tadi makan pun masih nampak tak luak nasi satu periuk...kekekek....

Pagi tadi wrap dan simpan dalam fridge..Haiii 2,3 hari nie perangat nasi dan gulai sajalah.hehehe. Takde rezeki member nak rasa kari ikan lah tu. Insya Allah..bila ada peluang kita jumpa ye...Rasanya dah 3 tahun tak jumpa. Last jumpa masa Haziq masih baby lagi..

Diari Nisa & Taska

Pagi nie Nisa tak nak mandi. Macam2 ragam. Sekejap nak ummie mandikan, sekejap nak ayah mandikan. LEpas tu menangis tak nak mandi. Mulut tak lekang dgn ayat " Adik tak nak sekolah ye mie".
Sepanjang2 perjalanan dia buat hal. Tak nak ummie pegang la, nak buka tingkap la.macam macam.
Sampai sekolah dah meraung.Sampai pintu bilik 2 tahun, cepat2 dia turun dan tarik tangan abang masuk kelas.
Nampak muka abang malu2 tapi ikut jugak adik. Ummie ambik beg dan hantar ke kelas abang. Kawan2 abang sibuk panggil nama Haziq. Bila ummie cakap Haziq dalam kelas adik dia. Diorang keluar gi panggil Haziq..hahahha glamer gak anak ummie sorang nie.
CIkgu kelas Haziq takde, tengah maternity leave. Diorang selalu dapat cikgu ganti. Tapi hari nie tgk cikgu lambat masuk. Anak2 murid tgh gotong royong susun meja dan kerusi.

Tuesday, September 05, 2006

Janji Seorang Abang

Semalam setelah ku pujuk2 Haziq akhirnya pagi ni :

Haziq : "Ummie. Haziq nanti ikut macam apa ummie cakapye. Haziq janji nanti Haziq jaga adik kat sekolah ye".

Ummie : "Sayang anak ummie. Adik kecil lagi. Dia baru tukar sekolah lain. Takde kawan. Tentulah dia nangis pergi sekolah. Dia tak biasa lagi. Jadi sebagai abang Haziq kena lah jaga adik. Haziq dulu pun masa mula2 masuk sekolah kan asyik nangis je".

Haziq : "Masa mula2 Haziq masuk sekolah sapa pulak tolong Haziq".

*sehhh " alamak apa nak jawab". Dgn penuh berwibawa.

Ummie : "Kawan2 Haziq la. Lagi pun Haziq dah besar. Haziq masuk sekolah umur 4 tahun. Adik baru 2 tahun"

*Haziq diam. Nasib baik kata2ku diterima pakai. hehehe*

Haziq : "Okeylah..Nanti Haziq pergi tengok kelas 3 tahun"
Ummie : "Adik 2 tahun laaa..."
Haziq : "Yerla nanti Haziq pergi la kelas 3 tahun tu"
Ummie : "yerla yerla "

*Masa tulis entry nie baru teringat.Kalau balik semua student kena kumpul di bilik 3 tahun. patut la Haziq mention kelas 3 tahun.Kalau waktu biasa student tak dibenarkan merayau ke kelas lain.

Nisa & Bibir yg seksa.:)

Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting

Monday, September 04, 2006

Haziq in school uniform

Photobucket - Video and Image Hosting

Nisa, Bibir & Taska Baru

Photobucket - Video and Image Hosting

4 September..
Nisa jatuh kat rumah Atuk utara. Ummie tengah nak jahit seluar Nisa.Tetiba dengar bunyik kedebab. Rupa2nya Nisa mengangkat kerusi dan cuba nak turun tangga. Bibir Nisa bengkak dan berdarah.Kesian ummie tengok. Gambar tu muka Nisa masa nak hantar pergi Taska baru. Muka tak nak pergi sekolah. Tak abis2 sebut "Ummie Nisa taknak sekolah, Adik taknak sekolah,Adik Tak nak cikgu".Kesian betul.Sampai taska meraung macam tarzan . Minta Abang Haziq temankan.Abang pula tak nak. Sahdis betullah abang nie. Siap pesan dengan ummie masa kat rumah. "Haziq taknak jaga adik". Betuah betullah. Balik nie kena pujuk baik2 lagi.

Friday, September 01, 2006

Diari Nisa

30 Ogos masa ummie ambil Nisa dari Taska, Kakak bagitahu Nisa muntah dan demam. Mengigil. Geram jugak..kenapa diorang tak call awal2. Nasib baik la last day Nisa kat situ. Masa ambil tu rasa badan Nisa sejuk ,pucat2 dan lebam2 bibir.
Mungkin baru di mandikan. Balik rumah ummie kasi nisa air dan Nata De Coco. Nisa makan sikit..tiba2 ummie tgk perut Nisa dah bergelodak ..uweeekkkk abis semua dimuntahkan. Badan terus naik panas. Ummie terus mandikan Nisa, dan masukkan ubat ikut B*nt*t.
31 Ogos juga kami sambut dirumah saja sebab Nisa tak sihat.Nisa tak mahu makan dan minum. Ayah bawa Nisa ke klinik. Tapi masih juga sama. Nisa muntah2 lagi. Ummie risau Nisa keracunan makanan. Nisa asyik tidur dan tidurnya mesti mahu di atas kaki ummie.Dah lena baru boleh di alihkan.
Bila suruh minum air kosong ataupun susu Nisa akan jawab
"Adik demam..nanti adik muntah".
Bila perutnye pedih (mungkin kerana kosong) Nisa tak menangis tapi akan cakap
"Aduiii sakitnya" ataupun "ouchhh sakitnya" dgn nada yg kadang2 buat ummie gelihati. Kesian tgk dia tak bermaya tapi mulut bertihnya masih stabil. Boleh membebel lagi kalau tak puas hati.
Petang bila Nisa dah mahu makan bubur nasi yg ummie buat. Ummie lega sikit. Muntah2 pun dah takde.Tinggal suhu badan yg kejap naik kejap turun. Lowest pun 37 .
Cepat sembuh ye sayangggg

Wednesday, August 30, 2006

Nisa & Taska

Ummie dan Ayah decide utk tukar Taska Nisa.
Walaupun expenses akan bertambah sebab Taska sekarang RM 180.00,
Taska baru sama dgn Abang Haziq.RM 300.00 utk infant rate. Nisa masih dalam kategori infant.
Sejak arwah nenek ( Baby sitter yg jaga Nisa dari kecil ) meninggal,Opah datang jaga Nisa dalam 1 bulan lebih dan kemudian Nisa di hantar ke Taska S*lv**.Rasanya dalam bulan 3 2006. Sudah banyak kali penjaga bertukar kat taska tu. Tak tahu apa masalah dengan pentadbiran ke atau mmg pekerja nye suka berhenti. Lately..sampai je taska Nisa terus duduk dekat tepi pintu..muka mmg tak senyum.Dan pekerja2 taska pun muda2. Ada yg bertindik hidung lagi. Muka masing2 kalau sambut Nisa dtg takde yg senyum pun. Kengkadang Ummie senyum pun diorang pandang cam blur jek. Gua pun kurang pasti apa masalah. Kalau yg awal2 masa mula2 ummie survey..okey...Mak2 budak la katakan. Selalu citer pasal keletah anak2 di taska. Yang Kakak Indon haritu pun Nisa nampak manja. Tapi dengan yg baru nie..aduhai..communication breakdown abis.
Pernah Ummie terlupa sertakan botol susu..sampai sudah diorang tak call. Ambil petang ..bila Ummie keluarkan baju2 dari beg baru perasan. Botol Susu kat rumah. Abis seharian Nisa minum pakai apa? Nisa bukan suka share botol pun.
Takpelah Nisa..Demi masa depan mu..Ummie dan Ayah berkorban..Demi Amanah Allah.

Oh ya...perkataan baru yg Nisa belajar " Tapak Sutiman"..
walaupun Ummie dan Ayah jenuh perbetulkan "Tapak Sulaiman"..sambil nyanyikan lagi si Elyana tuh...masih juga di sebut "Tapak Sutiman"..kalau sebut satu2 betul pulak jadi Sulaiman..tapi suruh sebut terus..Masih jugak jadi Sutiman..takpelah...Binatang baru..heheh

Wednesday, August 23, 2006

Diari Haziq

Situasi : PS2 dah kena simpan dgn ummie dan ayah sebab Haziq tak berapa nak dengar kata sejak akhir2 nie.
Joken ( syarat ) untuk dapatkan balik hak bermain PS2 kena jadi good boy sampai ummie dan ayah puas hati.

Dalam Kereta balik dari kerja

Haziq : Ummie nie..aaa..Haziq tak nak kawan ummie...
*bercakap sambil menekan2 suara .Bergaduh pasal something.Ummie dah tua..dah terlupa pulak.
Ummie : Ha nangis la...tak merasa la play station.
Haziq : Mana ada nangis...nie bukan nangis
Ummie : habis tu dah aaa..aaa...tu bukan nak nangis...
Haziq : Bukannnnn
Ummie : Habis tu apa?
Haziq : ala...Ummie pun cakap macam tu jugak
Ummie : Mana ada...Bila?
Haziq : ala..masa gaduh ngan ayah...
Ummie : hahahahhaha...mana ada.....
Ayah : Tengok...dari sapa dia belajar..Ummie dia la...
Ummie : wahahahha..kantoiiiiiiiii

Monday, August 14, 2006

Gaduh

Tarikh : 12 Ogos 2006
Masa : 8 lebih ( malam )
Tempat : Master Bed Room

Ummie tengah bersiap2 nak ke majlis suaikenal blok di dalam bilik.
Tiba-tiba Haziq lari masuk sambil menjinjit 2 plastik kerepek ubi.
Satu plastik kosong dan satu lagi masih penuh.

Haziq : Ummie tolong masukkan kerepek nie dalam sini.Sikit je
( sambil tunjuk plastik kosong dan dalam keadaan mendesak)

Ummie cuba bahagikan kerepek. Dalam hati ..nie sah2 berebut dengan adik.
Dari ruang tamu dengar tapak kaki adik dengan suara merungut.
Ummie cepat2 transferkan kerepek. Adik sampai terus tarik plastik kerepek.

Haziq : Ambik la....Makan la banyak2..Esok Nisa GEMUK

tergelak ummie dengar statement Haziq. Manalah dapat idea tu. Tapi Haziq tak memberontak sebab dia dah habiskan satu plastik.

Friday, August 11, 2006

Dairi Haziq

Tiga hari lepas :-

Haziq : Ummie Haziq ada Ulser.
Ummie sapukan ubat oral aid.Balik dari sekolah ummie perasan pipi Haziq dah bengkak.
Ummie : Haziq kita pergi klinik gigi yer.
Haziq angguk.
Gigi bawah HAziq..boh side dah rosak.Dulu2 ummie nak bawak gi jumpa dentist tapi Haziq tak mahu. Haziq mmg takde masalah dgn ubat, doktor, injection. Dia okey...tapi bila dia kata taknak jumpa dentist maksudnye mmg dia tak mahu. Ummie risau juga nak bawa.Di buatnye meronta. Sampai di klinik.
Ummie angkat Haziq duduk dekat kerusi. Haziq dah nampak muka penuh dgn
curious.
Doktor : Dr nak masuk alat nie dalam mulut adik ye..Tak sakit..air saja. * sambil sembur air kat tangan Haziq.
Haziq pandang je muka doktor. Kejap2 jeling ummie.
Apa doktor suruh semua Haziq ikut. Masa tu ummie rasa kagum gila.
Yappari anak ummie sorang nie senang di atur. CUMA...
bila tak diikuti kehendak dia mula la meradang. Kalau nak berbincang dgn Haziq..kena slow talk...kalau kita marah2 lagi dia memberontak.
Gigi Haziq kena buat rawatan akar. both side. Kalau rawatan akar pun tak jalan baru doktor nak cabut. hari nie mungkin eprgi buat yg belah kanan pulak..

Tuesday, August 08, 2006

Sakit kepala

Lately or 2,3 minggu nie aku sering di serang sakit kepala. Otot2 tengkuk menegang. badan lemah2 dan sakit2. Penglihatan kabur. Mood pun tak baik. Aduii...Dalam hati ..kena migrain balik ke? Dulu aku mmg ada migrain. very bad. tapi masa zaman sekolah2 dulu laepas kawin semua macam dah settle. Lately macam sakit tu dtg balik. Cuaca? mm memang sekarang cuaca tak menentu..dengan suhu office yang macam "bilik mayat".Nie perumpaan yg diberi oleh rakan2 sekerja dari office sebelah.Stress!!Mungkin juga...mmg rasa nak cari kerja lain...tension..tapi takde lah sampai pecah kepala pikir pasal ketiadaan "bahan kimia" (di baca chemistry) dgn boss.
Kenapa yeee...Malas betul nak pergi klinik. Bukan apa..nanti sure diorang bagi pain killer. Tak abis2 telan pain killer. 2,3 minggu ni pun aku dah "mengayakan" tokey panadol. Dah berdozen2 panadol masuk dalam tali perut aku..dosyiooooo

Diari Haziq

Dalam pukul 3 pagi tadi, Ummie tengah lena di ulit mimpi, tetiba Ummie di kejutkan dgn suara jeritan "ummie bukak lampu......" Ummie terus terbangun (duduk) dan di terkam oleh Haziq yang masih separuh b*gel.Haziq terus peluk ummie kuat2..sambil mumbling suruh ummie bukak lampu Haziq nak wee wee .
Selalunya Haziq kalau nak wee wee mesti kejut ummie atau ayah. Pagi tadi dengan semangat kelelakiannya Haziq pergi sorang-sorang. Actually dari tempat kami tidur mmg boleh nampak pintu toilet. Dan lampu yg di pasang dapat menerangi sedikit toilet kalau tak di tutup pintunya.
Kebetulan pagi tadi hujan dan angin kuat. Masa dia nak masuk toilet dia dengar bunyi pintu di tolak angin. Terkezutt la hero sorang tu.
Tu yang lari tak cukup tanah tu. Nasib baik tak terwee wee sepanjang dia lari.Cerita nie pun dapat masa mandikan dia pagi tadi.Malam tu tanya dia buat derk je. Marah2 ummie sebab tak bukakan lampu. Pagi tadi slow2 tanya baru tahu dia takut dengar bunyi pintu. (pintu dapur tak tutup rapat. Bila angin tiup terbuka).Ummie gelakkan aja. Tapi satu perkembangan bila Haziq ke toilet tanpa kejut ummie dan ayah.Tapi lepas accident nie berani ke dia lagi?? hemmmmmmmmm

Monday, August 07, 2006

Diari Nisa

Nisa sekarang bercakap bukan main seronok lagi.
Kadang2 tergagap2 dia nak menerangkan kehendak dia.Sampai tok Anjang kata " Nisa mulut pok pek pok pek (dibaca byk cakap).
Antara perkataan nya yg buat Ummie geram .

1. Kalau Nisa dengar Ummie dengan Ayah ada berbalas-balas kata.
(Kadang2 berbincang, kadang2 berleter)Dia mesti cakap.
"Ummie diaaammmmmmmmmmmmm"..
2. Kalau dengar radio dan Ummie turut menyanyi lagu kegemaran dia
" Ummie diam. Jangan Nyanyi".
3. Kalau Ummie buat sesuatu yang bagi dia tak betul
" Ummie tak pandai "
5. Kalau bergaduh dengan abang " Ni Nisa unya. Abang tak payah.
Abang tinggal".
6. Perkataan yg masih tak boleh pronounce dgn betul
amik = ambik
tenyok = tengok
7. Lagu baru kegemaran Nisa : ABC lololololol, ABC lolololo
Mana dapat pun tak pasti..
8. Kalau Ummie suruh cari botol : " Ummie Cari. Ummie Buat" Rajin
betul anak dara ummie nie.

Thursday, August 03, 2006

Cuti-Cuti Malaysia Ke Fraser Hill


RockYou slideshow | View | Add Favorite



Jalan : ouchhh fening-fening
Cuaca : Hujan...sejukkkkkk
Makanan : tak bestttt
Suasana : Menenangkan
Nak pergi lagi? : Mungkin..heheheh

Monday, July 24, 2006

Seharian bersama Nisa

Ahad..Ayah dan Haziq ke Kuala Selangor. Memancing. Ummie dengan Nisa menghabiskan masa seharian di rumah. Mula2 ingat nak bawa Nisa jalan2.Tapi dari pagi kena sakit perut..berkali2 ke toilet. tak tahu la salah makan apa.

Pagi2 ummie sediakan nugget . Kami makan sama2.Bentang tikar depan tv. Nisa angkatkan sos. Lepas tu kami tgk tv sama2. Ummie ke dapur nak buat roti..dah buat semua baru ummie perasan dry yeast dah abis. aaa tension. Bila ummie tgk ke depan..Nisa dah sarung kopiah ayah..alahai anak ummie. dok depan tv tersengih.

Tengah hari ummie ajak Nisa tidur..peluk dia atas sofa.Entah bila ummie tak sedar ummie dah tertidur. Bila tersedar kat tangan dah takde orang..dia seronok gi main sana sini. ahakss kantoii.
Ada sekali tu ummie merajuk. Nisa nyanyikan lagu untuk pujuk ummie.sambil lenggok2 kepala.kelakar.tak jadi nak marah.
Nisa start nyanyi dgn " enek udah ue.Giginya inggal ue. let cum ulalaaaaaa..ulong kakak ue.." (Nenek sudah tua,Giginya tinggal dua)
Lepas tu Nisa nyanyi lagu " ayu ipping, ayu ippin,,jonnn jonnn"
( are you sleeping , are you sleeping brother john).hehehe

Petang tu Nisa panjat2 ummie. Tetiba je cakap.
Nisa : " mie engarye. Lihatla saya. ayi ayang "
Ummie : " apa tu dik. Lihatlah saya. Tiap2 hari sayang?"
*ummie teringat adik suka iklan fair & lovely tu"
Nisa : "ukan aaaa" Lihatla saya . ayi ayang"

Ummie kompiusss...

Pagi tadi cerita kat ayah.
Ummie : Semalam adik asyik cakap " lihatla saya. ayi ayang "
amande ek?
Ayah : la..kan buku yang ayah selalu bacakan
"lihatla saya. Saya bermain layang-layang"
Nisa senyum bila ayah dapat teka apa dia cakap.. La patutla semalam sebelum Nisa cakap tu dia dok belek2 buku abang tu..

Kekekek...walaupun selalu ummie yg boleh guess apa Nisa cakap. Tapi semalam kantoi...ahaks

Thursday, July 20, 2006

Jatuh

Situasi Pagi ketika nak mengantar Nisa ke Taska

Nisa dan Haziq dudk di seat belakang..
Nisa salam abang..Nisa salam Ayah...

Abang Haziq : Nisa hari nie abang hantar Nisa ye
Nisa mengangguk

Ummie buka pintu utk Nisa. Nak dukung Nisa tak mahu.
Abang Haziq keluar,

Nisa : Abang..egang angan ( Pegang Tangan)
Naik ikut cini aaaaa
sambil menuju ke tembok.

Abang Haziq : Ikut sini laaa
sambil menuju ke tangga

Ummie : Naik ikut tangga la Nisa nanti jatuh
Nisa tetap memanjat ikut tembok.
Baru ummie abis pesan dengar bunyik kedebab
Ummie ngan Nisa pandang ke tangga..aikkk...abang yg ikut tangga la kebabom...Abang Haziq tengah berkerut tahan sakit dan ...uwaaaaaaa.....sob! sob ! sob!

Ayah terus dtg angkat abang Haziq masuk kereta. Ummie dukung bawa Nisa pergi taska.

Nisa : Abanggggg...ummie...abangggggggg

Alahaiiii..sayang betul dia ngan abang sorang tuh...teresak2 Nisa nangis tengok abang dia melolong...Bab2 macam nie diorang nie mmg saling sayang menyayang...

tapi bab berebut mainan...bergaduh mulut..aduiiii tak tahan telinga ummie nie dengar terjerit2...tu yg ada kena cubit tu...ihik

Wednesday, July 19, 2006

Oh CT & Dato'K

Jam : 8:55pm (lebih kurang )
Tanggal 17 July 2006
Venue : Living room apartment Salvia

Di depan ruang tamu..sambil melihat buletin utama.
Di akhir rancangan pengacara mengumumkan akan menyiarkan detik2 di press conference cik CT kita...

TV menyiarkan gambar CT masuk dewan..

Haziq : Ayah,,,Siti Yah
Ayah & Ummie : .................
Nisa masih bermain dgn hal sendiri

TV menyiarkan gambar Dato'K masuk ke dewan
Ayah,Ummie Haziq dgn mata masih di TV : ....................

TV menyiarkan gambar CT & Dato'K di bangku, dalam jarak agak jauh
Ayah,Ummie Haziq dgn mata masih di TV : ....................

TV close up gambar Dato'K dan CT
Haziq : Ayah...Tu ayah CT ke?
Ayah : hehehe...Tu la yang nak kawin dengan CT tu Haziq...
Haziq : .................... ( speechless )
Ummie :....kekekekekkeke......
Nisa masih dgn dunia nye...tak ambik pot pasal gosip2 artis...muhahahah

Semoga CT berbahagia dgn pilihannya...

Friday, July 14, 2006

Thursday, July 13, 2006

Monday, July 10, 2006

My Team

Photobucket - Video and Image Hosting

Berdiri dari kiri : Pogi,Yanie,Suo Ching,Raja,Jaja,Janet
Duduk Dari kiri : Rosma,Sarah,Ujen,Kak Ina, Liza
Tiada dalam Gambar : Chitam ( sibuk tgk org kejar bola)

Sebab dah kena warning kita tempek gak la gambar Nurul aka chitam
posing maut lagi...jgn mare

Photobucket - Video and Image Hosting

Tuesday, July 04, 2006

Treat For Futsal Team

Memang dah niat nak buat kek utk all futsal member. So malam tadi dengan semangat berkobar2..rancang nak buat chewy gooey yummy brownies (sumbanag resipi.net) dan (steamed 7 up cake ). Bahan semua dah beli. Balik rumah.terus jerang nasik utk buat bubur. Semalam buat Bubur malas je sebab semuanye sakit tekak. Masukkan perasa ayam, cincang halus halia, tumbuk sedikit lada hitam, masukkan carrot dan garam.Dah jadi bubur ..taburkan dgn daun bawang, bawang goreng dan ikan masin goreng. Haziq makan satu mangkuk. Nisa yappari masih tak selesa tekak dia...dua, tiga suap dah stop. Selesai makan malam..take 1 tablet panadol COLD dan mulakan aktiviti memasak cake. Berjalan lancar walaupun ada ganguan dari si Nisa. Selesai masukkan adunan dalam oven..set timer..tetiba kepala jadi senoneng..dah start ashhumm..ashhum...alamak..nak demam...Lepas set 160 Degree selama 50 minit..check2 tak masak lagi..tambah lagi 25 minit..pun tak masak lagi..kepala dah berat nie...so jalan terakhir...upkan suhu ke 170 dan tambah masa 15 minit....dannnn zzzzzzzzzzzz..
sedar2 kul 4 pagi...terus terpa oven..sib baik la oven eletrik auto off...alhamdulillah...dah masak brownies kita..cuma atasnye dah jadik crunchy...walnut floating...ahaks...tapi rasanye mmg kelas....My futsal team :

Fauziah Goal Keeper (1)
Lee Suo Ching (2)
Me (3)
*actually pilih no 10..tapi baju terkecik..tukar ngan member ,,,soob!!
Yanie (4)
Janet (5)
kak Ina (6)
Sarah (7)
Rosma (8)
Nurul (9)
Raja (10)
Jaja (11)
Liza (12)

Monday, July 03, 2006

Futsal - 1 July 2006

Berakhir sudah Panasonic Sport Carnival. Dengan semangat berkobar2 kami mulakan permainan melawan Panasonic Malaysia S/B. 4-1..Kami bersorak riang kerana menang. Kejutan melihat pihak lawan yg bermain dgn ganas menyebabkan kitorang kecut perut before game. Game delay sampai pukul 3.
Permain semua kepenatan menunggu di bangku penonton. Game kedua menentang Panasonic Communication . Aduss betis di rembat. Memang ganas betul. Kami kalah 2-0. Permainan agak kelam kabut.Pertahanan bolos..hehehe..Abis game semangat dah down...ingat nak gi refresh dgn mandi . Mak aiii..air kena catu...tak sempat nak mandi..nak ambil air sembahyang pun terpaksa beli mineral water...hampeh betullah management PSC nie...geram jek..terpaksa bertapa dalam court nak jaga air sembahyang punya pasal...tertidur juga dekat bangku yg tak selesa..
Malam lawan PAVCKM.Semua dah letih lesu..Goal Keeper harapan injured. End Up dengan kekalahan 6-0. Tapi ada kepuasan bermain.Next year nak main lagi..target nak masuk semi final.....semangat berkobar nih..ahaks..

Friday, June 30, 2006

Penyakit M

Dah sebulan lebih aku malas nak mencuba resepi2 baru dari Resepi net. Kenapa ye...kenapalah penyakit M nie tak mahu hilang2. Aduss teruja sungguh dgn resepi2 baru tapi hari2 bila balik rumah bawa keluar butter...pagi esoknye masukkan balik..ahaks

Wednesday, June 28, 2006

Blue Clues

Photobucket - Video and Image Hosting

Channel 9 sekarang byk siarkan kartun versi bahasa melayu. Rancangan kegemaran Haziq dan Nisa . Blue Clues. Sampai ummie pun kena nyanyikan sekali :-

Ummie : "Kami cari blue clues, kami cari blue clues"
Haziq & Nisa : "Petunjuk,Petunjuk"
Ummie : "Anda Jumpa petunjuk? Dimana? Dimana?"
Haziq & Nisa : "Di sini" ..sambil tunjuk di mana suka
Ummie : "Oh..etc" mention pasal benda yg di tunjuk
Ummie : Kita kena tulis dalam buku.....
Haziq & Nisa : NOOOTAAAAAA
Kena ulang sampai jumpa 3 pentunjuk..kalau tak Haziq bising
dah jumpa ke tiga-tiga petunjuk
Ummie : kita kena duduk di
Haziq & Nisa : Thinking Chair ( nisa sebut inking chairrr)

Ayah pun dah tertarik tgk ummie , haziq dan Nisa beraksi . tapi kengkadang pitching ayah lari bila nak tiru..ahaks..jgn marah ye ayah.....

Monday, June 26, 2006

Lu Cina Ka?

Sebenarnya dah lama tak dengar org tanya soalan nie. Semalam balik dari kampung kami satu family terus ke Giant Pandamaran Klang.Sebabnya nak menunaikan janji pada si bujang Haziq. Dulu ummie ngan ayah pernah janji untuk belikan Haziq Play Station kalau tak nangis pergi sekolah. Bila dengar cikgu puji Haziq.ummie rasa inilah masanye ummie tunaikan janji tapi dgn extra syarat. 1. Haziq mesti dengar cakap ayah dan ummie. 2. tak boleh berebut main. mesti share dgn adik. 3. kena dengar cakap. kalau ummie ngan ayah suruh tutup kena tutup. Semua tu Haziq agreed. tapi tak tahu le boleh ikut ke tidak. Berbalik pada cerita tadi, kami pergi satu kedai di giant pandamaran sebab abg ipar *syokai* (introduce) katanya murah. Yerla..kami survey kat tesco KD complete set with 10cd free untuk PS2 harganye 799.00 . itu pun satu joystick je. Kat sini complete set dgn 10cd free dan 2 local joystick harga dia RM579.00 . Cerita punya cerita..tetiba je budak jaga kedai tu tanya " Lu cinaka"?..aku pun terkejut..sebab dah lama org tak tanya macam tu..aku jawab la.."Mana Ada"..dia cakap.."Jangan Tipu la"..pastu aku gelak jek...dahhhh laaammmmaaa tak dengar org tanya soklan macam nie..

Friday, June 16, 2006

Hari ibu bapa

Hari nie hari perjumpaan ibu bapa dgn guru di taska Haziq.
Sampai2 cikgu Faezah hulur kad kemajuan Haziq. Alhamdulillah komen semua baik2. Cikgu faezah kata Haziq antara budak pandai dalam kelas. Haziq cepat tangkap. Bila di tanya suka beri jawapan . CIkgu Faezah kata kadang2 ada yang cikgu belum ajar tapi Haziq dah boleh jawab. Haziq dah kenal alphabet dan number. Ummie tgk lukisan Haziq, tulisan Haziq memang kemas. Itu Good point.
Weakness Haziq..Kuat merajuk. Haziq ada kawan baik nama Aiman. Kata Cikgu Haziq dan Aiman antara murid terpandai dalam kelas. termasuk Jaja. Haziq dan Aiman selalu bersaing dan kekadang selalu bergaduh. Jadi cikgu selalu asingkan diorang berdua. Kalau cikgu asyik tanya Aiman, nanti Haziq merajuk. Haziq kuat mengadu dan lately kata cikgu Haziq macam dah malas sikit. suka berleka dalam kelas...hmmm...mungkin lately Haziq kena marah je ngan ummie tu yg buat dia merajuk kot... mmm..susah nak agak apa yg anak2 pikirkan ..tapi Insya Allah ummie akan usahakan yg terbaik utk anak2 ummie. Semoga Haziq dan Nisa menjadi anak yg berguna kepada Agama Bangsa dan Negara. Amin

Hissashiburi

Lamanya tak up date blog. Sejak mata separa rabun nih dah malas nak mengadap pc. kepala jadi senoneng je bila tgk tulisan kecik2 nie.
Sekarang nie my futsal team tgh bertungkus lumus nak susun stratergy. harap2 tahun nie dapat la masuk ke semi final ke..atau pun nak lagi gempaq dapat medal..kekek..yareba dekiru..

Semalam balik rumah lambat sebab hubby ada game. Sampai rumah tengok Haziq dan Nisa dah tidur. Nyenyak sungguh. Kami berdua mandi2 dan terus gi Tesco nak borong gula..wakakakka..bestnye hubby cakap kita buat2 tak kenal karang org tak bagi ambil lebih..jadi semalam macam shopping sorang2 la. Jalan asing2 bayar asing2. Kelakar je penangan gula.

Pukul 3 pagi Nisa terjaga. Mata terus segar..dah lama sangat tidur. Hubby yg terjaga sama dgr suara Nisa terus pasang tv tgk bola. Ecuador vs Costa Rica . Nisa punya la syiok tgk. Sampai ummie dia nak lelap pun tak boleh. Ummie..seppaakkk...sepppakkk..itu jelah di sebutnye tengah2 malam...Aduhai Nisa.. tak sedar ummie bila Nisa tidur...

Monday, June 05, 2006

Hanya Kerana Mata

Photobucket - Video and Image Hosting

Dah 2 minggu tak jenguk di sini. Semuanye " Hanya Kerana Mata ". Tak ku sangka sikap sambil lewa dgn gatal2 mata menyebabkan jadi begini. Bermula dari 16 May mata kiri dah gatal2. Aku masih selamba je..ala...gatal gosok2 sikit dia hilang lah. Sehingga hari khamis mata dah jadi macam mata maya karin masa jadi pontianak...hehehe..Friday 19 May..MC sakit mata. Ahad 21 May pergi lagi klinik sebab mata makin teruk. Alamak..Doctor cakap mata dah ada selaput.Dia terus buat surat refer ke pakar sakit mata. Aku pilih Sunway Medical sebab nak try . Esoknye 22 May, gi kerja semata2 nak ambil GL utk gi SMC. Sampai opis semua takde lagi.so bukak PC dan buat GL sendiri. Tgh type GL mata kiri terus blackout. Sakit gilaaaa.sampai air hidung pun keluar tahan sakit. Call my hubby terus gi SMC. alahaaaiii kena warded for 5 days. itu pun hari jumaat 26 May tu mintak keluar sebab ada emergency di kampung. Yang mengejutkan Doctor cakap kat mata dah byk ulser..First time dengar mata kena ulser. Dan bila doctor check dah ada bleeding dalam mata. Mata merah mmg macam Si Maya Karin ...Terasa susahnye kehidupan .betul2 macam org buta. Jalan teraba2. Tgk tv hanya sekadar mendengar. Aduh terseksa. Cuti sakit sampai la jumaat lepas. Hari nie masuk kerja dgn vision yg still blur. Jangan le rabun terus. Aku tak suka pakai cermin mataaaaaa...tolonggggg

Thursday, May 18, 2006

Blank

Photobucket - Video and Image Hosting

Macam2 dalam kepala lah...
Nisa masih belum pulih sepenuhnya. Mata bengkak dari hari discharge dari hospital. Mulut masiha da ulser. Badan dah kurus. Betul2 nampak lemah anak ummie sorang nie. Dah hilang tembam pipinye. hari tu cuba ambil gambar dia tapi dia tak kasi. Gambar atas nie masa Nisa berumur 8 bulan. masih belum pandai berjalan.
Sekarang nie Nisa betul2 kurus.Semalam perut dia kembung sebab tak nak makan.Nak tidur pun tak selesa. Tidur nak atas kaki ummie.Sian dia. Mata pula bila bangun asyik melekat.Mesti dia meraung pagi2.
Nur Nisa Jannah, cahaya mata ummie..cepat sembuh ye...Ummie tak tahan tgk Nisa sakit. Ummie rindu suara Nisa. Ummie rindu gurauan Nisa. Kali nie Nisa sakit lama. Dah nak masuk 2 minggu. Cepat sembuh ya sayang. Makan ubat ye.

Monday, May 15, 2006

Ummie...akittt..nanakkk

Malam Isnin Tanggal 8 May..Nisa dah demam panas...mengigil2..ummie lap2 badan Nisa bagi panas dia surut dan bagi ubat. Pagi Nisa nampak dah okey..Nak ambil cuti..hari isnin tu ummie mmg cuti..bila call taska..taska kata Nisa okey..
Selasa..Rabu..malam rabu bila nak bagi ubat Nisa menangis..bila ummie tgk..mulut Nisa penuh dgn ulser.Di bibir, di lidah..lelangit ..bengkak tonsil..siannnyeee anak ummie..ummie call balik klinik Nadia..tempat Nisa ambil ubat. Doktor kata..takpe..continue je makan antibiotik yg dia kasi.
Ummie tak puas hati..ummie dan ayah bawa Nisa pergi SJMC.
Doktor cuma bagi oral aid jenis drop dalam mulut punya
Khamis ummie ambil cuti..satu hari Nisa meragam. Minum pun terpaksa ummie pancut guna picagari. makan dan susu mmg tolak mentah2..
Jumaat..Nisa dah nampak lembi sangat. Ummie dan ayah bawa lagi pergi SJMC..Nisa kena admit sebab dah dua hari tak makan dan tak minum. Doktor tu mula2 cucuk tangan kanan Nisa. Nisa menjerit. Pastu dia tarik balik. Cucuk sekali lagi..Darah keluar memancut. Dia kata salah. Dia carik pulak kat tangan kiri. Ummie tgk Nisa menggila menangis. Sebelum ni tak pulak macam tu. Doktor tu masukkan drip. Nisa nampak tak selesa.
tengah malam baru ummie perasan.Tangan Nisa dan kembung.Dah dua kali ganda dari size asal.macam belon nak meletup. Jari jemari Nisa dan lebam2 kebiruan. Nurse2 kelam kabut buka balik drip dan cool down kan pakai ais. Nisa menangis2. Siannye anak ummie.
Sepanjang di hospital Nisa tak mahu turun dari berdukung.Tidur pun nak atas bahu ummie. Kesian anak ummie.
Bagi air.."nanak"..bagi ubat.."nanak"..beli chocolate M&M peberet Nisa pun ..Nisa jamah sebijik..itupun menangis2..lepas tu semua Nisa sumbat dalam mulut ummie. Teringin nak makan la tu.Sian dia. Cepat sembuh ye sayang.

Wednesday, May 10, 2006

Jangan Kacau

Photobucket - Video and Image Hosting

9:00pm 10 May 2006, Ummie,Haziq dan Nisa dah landing depan tv nak tengok cerita Misi XX-Ray . Haziq minat cerita ni.Kami bertiga asyik melihat cerita.Sesekali dengar keluhan Haziq bila iklan."eee menyampah la iklan ni..cepatla abis"..Fanatik betul dia dgn cerita Misi XX-Ray. Sebelum nie Natasha. Leka tgk tv, Nisa berpusing pandang Ummie. Mata dah kuyu.Dah ngantuk anak ummie rupanye..Ummie dekatkan muka pada Nisa. Nisa pandang mata ummie dgn mata yg separuh terbuka. Ummie senyum pada Nisa. Ummie genyit mata pada Nisa. Nisa angkat tangan paras telinga. Biasanye kalau nak tidur Nisa suka pegang cuping telinga-pelali kot. Ummie ingat Nisa nak pegang telinga. Ummie genyit2 mata lagi pada Nisa.Saja nak tgk Nisa masih sedar atau separa sedar..sekali tu..."adoiiii"..terjerit ummie. Nisa gelak2. Sebijik penumbuk hinggap kat muka ummie. Ghupanye dia angkat tangan nak "punch" ummie sebab kacau dia. siap tanya.
"ape mie?" ( Kenapa ummie )..aduhai anak ummie sorang ni. Nasib baik tangan ummie tak auto pi "popo" (dibaca pukul) dia.

Bila Hubby balik dari UM malam tu..bantai gelak dia dengar cerita .."kacau lagi orang nak tidur"..heheheh..nasib baik tangan muluk Nisa...kalau Haziq yg punch sure dah lebam

Tuesday, May 09, 2006

Sat,Sun,Mon

Sabtu,Ahad, Isnin bercuti dirumah bersama Haziq dan Nisa. Hubby pergi training. Fist time tinggal bertiga sahaja.Sebelum ni mesti jemput mak datang buat teman. Penakut le katakan.hahaha.
Seronok mengabiskan masa dgn diorang. Ummie pun byk meninggalkan kerja2 rumah untuk sama2 bergumpal dgn Haziq dan Nisa. Masing2 naik tocang. tak reti penat. Tengah hari mmg tak mau tidur sampai ummie paksa pun masih buat tak reti. Main hantu2 (habis selimut jadi korban), kejap2 dah bertukar jadi batman (kena jugak jeling dgn ummie sebab selongkar almari cari kain lampin *nak jadi batman punye pasal), kejap2 dah terbaring sorang jadi pesakit ,sorang lagi jadi doktor. Kejap2 kang melalak bergaduh. Habis2 ummie kena jadi raksaksa. nisa jadi "Bertukar"(dibaca Masked Rider) dan Haziq jadi Power Rangers. Hampeh..ummie asyik kena fire je. Sungguh seronok kami bertiga.
Hari Isnin kami bertiga buat Kek Zebra untuk sambut ayah balik. Sibuk budak berdua tu "mengacau". Ingatkan ummie nak deco guna buttercream. Belum sempat buat buttercream kek dah kena potong. Anak ummie dah tak sabar. hehehehhe....gambar pun tak ambil.malas...

Futsal Training

Photobucket - Video and Image Hosting

Tahun ni dgn semangat wajar kami mendaftar diri untuk perlawanan Futsal untuk Matsushita Sport Carnival. Sendiri pun rasa kelakar. Apatah lagi budak2 office yg lain. Apa taknye captain dah ada anak dua. Last Friday , latihan pertama. Dari 10 org 6 orang sahaja yg datang. Coach pun MC. Takde masalah. Semuanye first time sepak bola.
Passing2 bola dan last 15 minit kami buat lawan 3 sebelah. Semput nafas lari keliling padang.
Boleh tahan jugak. Masih boleh berlari.Walaupun tak tahu rules dan tak cukup orang kami rembat sampai habis masa.wakakaka..mengah makcik.
Harap2 tahun nie boleh la dapat mata. Tak menang pun takpe janji tak kalah teruk. kakakaa.
P/S. Last year main netball kena bantai gila2. sshhh!! diam2 malu kat orang.

Friday, May 05, 2006

Senyum Seindah Suria

Photobucket - Video and Image Hosting

Senyum Seindah Suria,
Yang membawa cahya,
Senyumlah dari Hati,
Duniamu berseri,

Senyum umpama impian,
Dalam kehidupan,
Kau tersenyum Ku tersenyum
Kemesraan menguntum...

Senyum..kepada semua,
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum..umpama titian
Dengan senyuman terjalinlah ikatan...

Thursday, May 04, 2006

anak ummie

Sempena nama blog nie..hari nie saya nak introduce buah hati pengarang jantung ummie...

Photobucket - Video and Image Hosting

Muhammad Irfan Haziq...lahir pada 1 January 2002 7:07 pagi, 2 tahun selepas ummie mengikat janji dgn ayah... Haziq lahir 12 hari lebih awal dari due date. Lahir tanpa tangisan membuat ummie kecut perut..doktor dan nurse berlari kebilik sebelah untuk memberi bantuan pernapasan...akhirnye terdengar jeritan pertama Haziq yg berbunyi..maaaaaaakkkk..sungguh...ummie menitiskan air mata gembira..nurse yg ada bersama ummie cakap.."tu dia..dah panggil mak dah"...heheheh...

Nur Nisa Jannah...lahir pada ulang tahun ke 4 perkahwinan ummie dan ayah..11 March 2004. Nisa lewat 3 hari dari due date..Ayah ada bersama2 ummie ketika Nisa melihat dunia...Ummie adalah penghuni paling lama di ward bersalin sebab Nisa sleeping baby...takde movement sampai Doktor terpaksa kejutkan Nisa..ummm chaaakk..Nisa lahir di tengah hari...bila keluar opah2 dan atuk2 sudah menunggu di luar...happy tengok Nisa yg masih lagi tidur...

Wednesday, May 03, 2006

3 May 2006 - Mukadimmah

Hari nie di mailing group "OJOSAMA" bercerita tentang kisah2 lama di Japan and tiba-tiba...bila aku cuba recall balik cerita2 dan kenangan2 itu...semuanya dah out from my memory card...Dalam hati..."alamak dah tua ...dah tak bleh ingat apa yg terjadi"...sampai kami semua blur apa connection pada cerita-cerita kami...dan my fren Hada come out with one email..."kalau lah dari dulu kita tahu buat blog tentu kenangan tu tak hilang begitu saja T-T..."...
Kata2 yang memberi semangat utk memulakan blog...So...
auummmm chakkk...hehehehhe...harap2..semangat nie tak hilang disini saja....