Tuesday, November 28, 2006

Nisa & Campak

Nisa kena demam campak. Dan baru semalam abang Haziq pun kena.Sian anak ummie.Haziq terpaksa dihantar balik kampung sebab opah sibuk tak dapat nak dtg. Maafkan Ummie ye sayang.
Nie gambar Nisa kena demam campak
Photobucket - Video and Image Hosting

Dan Nie rentetan siri orang merajuk..kekeke

Mula2 duduk jauh
Photobucket - Video and Image Hosting

Lepas tu pura-bangun dan merajuk lagi
Photobucket - Video and Image Hosting

Sambil tu jeling2 jugak apa ummie dan abang buat (ambik gambar dia la)
Photobucket - Video and Image Hosting

Dan bawa diri..kekekeke
Photobucket - Video and Image Hosting

14 Nov 06 ( Hari Konvo Taska Haziq)

Setelah sekian lama praktis tibalah hari yang dinanti-nanti.
Cikgu minta anak murid pakai baju raya. Cikgu bagi Surat 1 hari sebelum actual date. Kelam kabut ummie dan ayah cari baju raya. Sebab baju raya Haziq dah koyak2 lepas accident hari tu. Last2 dapat beli di Tesco. Itupun Size utk budak 6 tahun. Takpelah Ummie adjust le sikit. Balik rumah tgk seluar utk budak 8 tahun. Hampehh..akhirnye pakai baju last year.

Haziq diberi tugasan utk menjadi ketua. Haziq akan mulakn dgn
"Assalamualaikum.Good Morning.Selamat Pagi. Terimalah persembahan dari kanak-kanak 4 tahun." Mic terlalu tinggi menyebabkan Haziq berjengket dan suara mendayu-dayu.Tapi tahniah. Anak Ummie berani. Persembahan dimulakan dgn lagu Selamat pagi putra putri, di ikuti dgn Kereta Merah Dan animals try to talk to me..Actualy ummie tak tahu tajuk dia..hentam je..kekeke

Nie gambar2 Haziq masa di Konvo. Gambar masa buat performance semua dalam bentuk video.

Nie gambar before buat performance. ceria je..takde gementar pun anak ummie nie.
Photobucket - Video and Image Hosting

Nie muka kepenatan balik dari pentas setelah lama menunggu "Datuk" yg tak tak tepati masa..kekeke
Photobucket - Video and Image <br />Hosting

Di atas pentas bersama rakan-rakan
Photobucket - Video and Image Hosting


Anak ummie banyak buat aksi dari menyanyi. kejap-kejap lap peluh. kejap-kejap garu kepala. Tengok kawan sebelah. Apalah.
Last Haziq akan cakap sekian terima kasih. dan ada kawan yg akan cakap one,two,three dan semua kena tunduk.Sebab jeles kot tgk ada yg dapat pegang mic.Sorang2 tarik cakap 1,2,3..kelakar je..

Open House

Raya dah lepas...baru nak citer pasal open house..kekeke..byk cerita tapi tak terupdate..mulai hari nie update satu persatu.
11 Nov hari tu kami buat open house. Utk kawan2 opis, Kawan Ojosama, kawan Rnet, Kawan2 hubby, Sedara mara, jiran2 baru dan jiran2 lama. Kira2 jemputan dalam 60 orang adult.

First time menyelenggara kenduri kecil-kecilan sendiri.Hari jumaat ambil cuti. Beli itu ini. Menu : Nasi minyak , ayam masak merah, kerabu tomato, mee jawa , lemang dan rendang.
Lemang import dari Kampung. Rendang Ina volunteer nak masak.

Di sebabkan baru first time buat dari A - Z..dari budget sampai le memasak, menhias.Me & Hubby kelam kabut sendiri. Saya mula mengemas rumah, basuh ayam dan memasak dari pukul 4ptg sampai ke pukul 3 pagi. tidur sampai 4:30 pagi dan sambung terus sehingga selesai majlis pukul 9:30 malam..wakakakak..ketar lutut.

Paling best sebab tak reti nak budget kami beli berlebih lebihan.
Ayam sampai 9 ekor , mee sampai 17 bungkus.Kuah mee Jawa sepekat2 yg ada .Boleh diganda 2 dan boleh dimakan lagi utk 70 orang. kekekek...tapi Alhamdulillah..selamat semua di makan dan juga di tappau bawa balik.

Dapat tidur..rasa macam enak bangat. sedar2 dah pagi..hehehe

Thanks to Ojosama geng (Noora,Zalie,Rusma,Zarina), Geng Opis (Jaja,Nurul,Rohaida,Yanie), Geng Nihon ( Kak Ina, Nana & Adik, Fidah), Geng RNet ( Kak Mid, Kak Roz, Kak SJ, kak Nasya ) ,jiran2 dan kaum keluarga yg dtg kerana memeriahkan suasana.

Tuesday, November 07, 2006

My Heart

Semalam beli DVD My heart di Video Ezy. Balik Haziq terus pasang.Ayah, Ummie , Haziq dan Nisa excited tunggu citer keluar.Alih2 takde subtitle. Menganga ummie dan ayah. Tak paham gue.

Haziq & Nisa mata mmg tak beralih. Apa yg ummie nampak kejap2 si Luna nangis..kejap2 nangis...aduhaiiii....

Yang seronoknye...bila luna menangis

Haziq : Ummie Haziq rasa macam nak nangis la...
kekekekkeke...cewek jugak anak ummie nie..

Kesimpulannya semalam Arca dan Iwan berlakon sorang2..kami berempat lena di ulit mimpi. Baik tgk Ultraman ek Haziq.

Wednesday, November 01, 2006

Tragedi Satu Syawal

1 Syawal di sambut dengan kemeriahan di rumah Utara (in Law). Pagi2 masing2 sibuk memandikan anak2..menyiapkan juadah raya..membersihkan diri. Kaum bapa menuju ke Masjid utk bersolat raya. Kaum ibu masih sibuk mengemas .

Habis solat kami adik beradik bermaaf-maafan. Kerana jarak dari rumah in law dan rumah mak tak jauh..setiap kali raya , 1 syawal kami mesti mengucup tangan kedua2 orang tua , belah hubby dan juga belah ku. Setelah selesai bermaafan di Utara.kami bergerak ke selatan. Haziq enggan mengikut kerana asyik bermain PS1. DI pujuk2 akhirnya dia ikut serta. Pagi raya kena cium tangan opah dan atuk.

Sampai di Selatan kami mengucup tangan mak dan apak. Selesai bermaafan aku menjamah sedikit makanan dan bergegas buat appointment dgn cik Tan. Lokasi cik Tan yg berdekatan dgn dapur membuatkan aku masih mendengar celoteh mak dan hubby.

Tiba2..screeetttttt,....duuuummmm...terdengar bunyik motor buat emergency break. Dalam hati.."Ya Allah, janganlah anak2ku"..dan sejurus itu terdengar kakak menjerit nama anak sulung ku "Haziiiiqqqqq"..Berderau darah ...segala ku capai serba tak kena. Berlari ke depan . Hubby dah mencepung Haziq ke dalam rumah. Dia menangis. Kami buka baju2nye.Hanya terdapat luka2 kecil.

Jiran depan dtg mengatakan Haziq terseret jauh. Aku cepung Haziq dan masuk dalam kereta. Sepanjang2 di dalam kereta inilah kata2 anak bujang ku
"tolonglah ummie..Haziq taknak mati..Haziq sayang ummie".. Hampir tumpah air mata tapi ku tahan jua. Ku dakap ku usap sambil memujuk . Ku belek2 kaki dan tangan yg luka dan sudah menampakkan kesan lebam2.

Sampai di ward kecemasan..Ya Allah..ramai nye orang yg bersongkok bersampin ber baju melayu...berbaju kurung berwarna warni..Ramai juga yg senasib dgn ku.
Setelah di periksa ... Menurut doktor Haziq mungkin dalam keadaan trauma jadi dia taknak gerakkan tangan dan kaki. Untuk pengawasan kami di minta bermalam di hospital.

Setelah segalanye selesai dan waktu melawat tiba, mak dan hubby sampai..bila mak mula mengeluarkan air mata..barulah empangan yg ku tahan2 sebelum ini pecah berderai. Terasa kepiluan. Bersyukur pada Allah kerana masih lagi memberi aku kesempatan utk mengucup anak ini. Sungguh pedih hati. Bayangkan la hati ibu yg kehilangan anak atas kecuaian org lain. Pasti lagi pilu.

Semasa di ward kecemasan , budak yg langgar Haziq pun ada menerima rawatan. Dia pun teruk juga. Tapi dia pun bawa laju di kawasan kampung. Sudah lihat budak2 berdedai-dedai melintas jalan pun tak nak memperlahankan kenderaan. Tapi aku tak marah. Takdir. Aku berharap budak nie akan ingat dan insaf sekiranya dia tergolong dalam geng2 mat rempit yg selalu merempit kat jalan dari utara ke selatan. Sungguh benci melihat aksi mereka menunggang motor macam dunia diorang yg punya.

Photobucket - Video and Image Hosting

Berayalah aku dan Haziq di hospital sehingga 2 raya. Mood raya tahun nie gone with this accident.Alhamdulillah Haziq cuma luka2 kecil kerana terseret. Luckly Haziq tercampak setelah terseret sedikit. Kalau terseret sekali motor tu mungkin lebih teruk musibahnya.Syukur pada Mu Ya Allah.

Ya Allah, Aku sujud pada Mu bersyukur atas masa yang masih Kau berikan padaku untuk berbakti pada anak ini. Perliharalah kami, berilah rahmatMu kepada kami, lindungilah kami dari segala bencana.Amin