Monday, August 14, 2006

Gaduh

Tarikh : 12 Ogos 2006
Masa : 8 lebih ( malam )
Tempat : Master Bed Room

Ummie tengah bersiap2 nak ke majlis suaikenal blok di dalam bilik.
Tiba-tiba Haziq lari masuk sambil menjinjit 2 plastik kerepek ubi.
Satu plastik kosong dan satu lagi masih penuh.

Haziq : Ummie tolong masukkan kerepek nie dalam sini.Sikit je
( sambil tunjuk plastik kosong dan dalam keadaan mendesak)

Ummie cuba bahagikan kerepek. Dalam hati ..nie sah2 berebut dengan adik.
Dari ruang tamu dengar tapak kaki adik dengan suara merungut.
Ummie cepat2 transferkan kerepek. Adik sampai terus tarik plastik kerepek.

Haziq : Ambik la....Makan la banyak2..Esok Nisa GEMUK

tergelak ummie dengar statement Haziq. Manalah dapat idea tu. Tapi Haziq tak memberontak sebab dia dah habiskan satu plastik.

2 comments:

Love Sweet Recipes said...

hahahahaha..kelakar betul la Haziq...tapi baik hati dia nak kongsi dengan adik dia..

ujen said...

Dia dah habiskan sebungkus...yang dia nak tu yg kat tangan adik dia..mmg la dia terpaksa berkongsi..agaknyalakan.ada kot org yg curse aku masa kecik2 sampai bila dah besau mebesar sebagai johan..wakakakka