Wednesday, November 01, 2006

Tragedi Satu Syawal

1 Syawal di sambut dengan kemeriahan di rumah Utara (in Law). Pagi2 masing2 sibuk memandikan anak2..menyiapkan juadah raya..membersihkan diri. Kaum bapa menuju ke Masjid utk bersolat raya. Kaum ibu masih sibuk mengemas .

Habis solat kami adik beradik bermaaf-maafan. Kerana jarak dari rumah in law dan rumah mak tak jauh..setiap kali raya , 1 syawal kami mesti mengucup tangan kedua2 orang tua , belah hubby dan juga belah ku. Setelah selesai bermaafan di Utara.kami bergerak ke selatan. Haziq enggan mengikut kerana asyik bermain PS1. DI pujuk2 akhirnya dia ikut serta. Pagi raya kena cium tangan opah dan atuk.

Sampai di Selatan kami mengucup tangan mak dan apak. Selesai bermaafan aku menjamah sedikit makanan dan bergegas buat appointment dgn cik Tan. Lokasi cik Tan yg berdekatan dgn dapur membuatkan aku masih mendengar celoteh mak dan hubby.

Tiba2..screeetttttt,....duuuummmm...terdengar bunyik motor buat emergency break. Dalam hati.."Ya Allah, janganlah anak2ku"..dan sejurus itu terdengar kakak menjerit nama anak sulung ku "Haziiiiqqqqq"..Berderau darah ...segala ku capai serba tak kena. Berlari ke depan . Hubby dah mencepung Haziq ke dalam rumah. Dia menangis. Kami buka baju2nye.Hanya terdapat luka2 kecil.

Jiran depan dtg mengatakan Haziq terseret jauh. Aku cepung Haziq dan masuk dalam kereta. Sepanjang2 di dalam kereta inilah kata2 anak bujang ku
"tolonglah ummie..Haziq taknak mati..Haziq sayang ummie".. Hampir tumpah air mata tapi ku tahan jua. Ku dakap ku usap sambil memujuk . Ku belek2 kaki dan tangan yg luka dan sudah menampakkan kesan lebam2.

Sampai di ward kecemasan..Ya Allah..ramai nye orang yg bersongkok bersampin ber baju melayu...berbaju kurung berwarna warni..Ramai juga yg senasib dgn ku.
Setelah di periksa ... Menurut doktor Haziq mungkin dalam keadaan trauma jadi dia taknak gerakkan tangan dan kaki. Untuk pengawasan kami di minta bermalam di hospital.

Setelah segalanye selesai dan waktu melawat tiba, mak dan hubby sampai..bila mak mula mengeluarkan air mata..barulah empangan yg ku tahan2 sebelum ini pecah berderai. Terasa kepiluan. Bersyukur pada Allah kerana masih lagi memberi aku kesempatan utk mengucup anak ini. Sungguh pedih hati. Bayangkan la hati ibu yg kehilangan anak atas kecuaian org lain. Pasti lagi pilu.

Semasa di ward kecemasan , budak yg langgar Haziq pun ada menerima rawatan. Dia pun teruk juga. Tapi dia pun bawa laju di kawasan kampung. Sudah lihat budak2 berdedai-dedai melintas jalan pun tak nak memperlahankan kenderaan. Tapi aku tak marah. Takdir. Aku berharap budak nie akan ingat dan insaf sekiranya dia tergolong dalam geng2 mat rempit yg selalu merempit kat jalan dari utara ke selatan. Sungguh benci melihat aksi mereka menunggang motor macam dunia diorang yg punya.

Photobucket - Video and Image Hosting

Berayalah aku dan Haziq di hospital sehingga 2 raya. Mood raya tahun nie gone with this accident.Alhamdulillah Haziq cuma luka2 kecil kerana terseret. Luckly Haziq tercampak setelah terseret sedikit. Kalau terseret sekali motor tu mungkin lebih teruk musibahnya.Syukur pada Mu Ya Allah.

Ya Allah, Aku sujud pada Mu bersyukur atas masa yang masih Kau berikan padaku untuk berbakti pada anak ini. Perliharalah kami, berilah rahmatMu kepada kami, lindungilah kami dari segala bencana.Amin

3 comments:

Love Sweet Recipes said...

Kesian Haziq. Harap2 ko sekeluarga dilindungiNya

Hatta said...

Alhamdulillah...injury nya tak serius sgt,membonceng ke si haziq tu?

ujen said...

Ryu Hana :-
Moga-moga kita semua dilindungi Allah.

Hatta :-
Haziq nak menyeberang jalan. Nak beraya ke rumah jiran depan rumah.Alhamdulillah takde apa2.Masih diberi peluang.